April 19, 2009


AFRILIZA WATI BINTI MUIS
Syarikat: Majlis Perbandaran TemerlohAlamat : aras 6 & 7 kompleks Pej.Plaza Temerloh, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.Pegawai Syarikat : En. Hairudin bin Abu Hanipah Ketua Bahagian Pengurusan Manusia dan OrganisasiNo. Tel : 09-2901777

12 comments:

  1. Nama : Afriliza Wati binti Muis
    Syarikat: Majlis Perbandaran Temerloh
    Alamat : aras 6 & 7 kompleks Pej.Plaza Temerloh, Jalan Ahmad Shah, 28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur.
    Pegawai Syarikat : En. Hairudin bin Abu Hanipah Ketua Bahagian Pengurusan Manusia dan Organisasi
    No. Tel : 09-2901777

    saya ditempatkan dibahagian Kawalan Bagunan

    ReplyDelete
  2. salam..da fikir ke pasal tajuk?

    ReplyDelete
  3. ada tak yang da anta tajuk kat en.sukeri?

    ReplyDelete
  4. salam...da masuk 1 minggu lebih kita praktikal. first time datang di Majlis Perbandaran Temerloh saya didedahkan dengan latar belakang organisasi, peranan, misi, objektif, dan carta organisasi disetiap jabatan. saya telah ditempatkan dijabatan kawalan bangunan. di jabatan ini terdapat 2 unit iaitu pelan tambahan dan ubahsuai, unit bangunan baru dan cf. saya juga didedahkan dengan prosedur untuk mendapatkan kelulusan bagi permohonan pembangunan baru dan juga melakukan pindaan serta pengubahsuaian. proses serta prosedur untuk mendapatkan kelulusan saya telah pelajari semasa kelas en.sukeri iaitu analisis perancangan dan kawalan pembangunan.
    saya juga didedahkan dengan peranan OSC bhg pusat setempat dimana setiap permohonan baru perlu ada OSC kecuali rumah kediaman tambahan baru yang dimana tidak perlu ulasan teknikal luar.
    mempelajari bagaimana sijil menduduki cf. juga berkesempatan menghadiri galeri tokoh Pak Sako dan Sudirman Hj. Arshad berkesempatan untuk mempelajari penyediaan landskap, pameran dan artikel berkaitan. goleri tokoh inidilaksanakan oleh MPT dan dirasmikan pada 3 jun. juga berkesempatan bertemu dengan yang diPertua majlis perbandaran Temerloh.
    mempelajari mendokumenkan fail dimana setiap permohonan disemak oleh pembantu teknik dan arkitek. mengendalikan mengenai permit yang dikeluarkan oleh Mpt seperti permit bahan binaan, permit penutupan jalan dan pasir. semua aktiviti memerlukan permit. selain itu dapat mengetahui permit yang perlu ada dalam melakukan pembangunan, contohnya permit , permit bangsal, hoarding board dan sebgainy. juga mempelajari pengiraan fee untuk bangunan sementara dan ianya berbeza mengikut kategori bangunan.

    ReplyDelete
  5. salam en. sukeri hari ni saya ada berbincang pasal tajuk kpd ketua bahagian saya. saya berbincang mengenai tajuk yang saya cadangkan iaitu proses permohonan bangunan baru dan pelan tambahan dan ubahsuaia diluluskan. arkitek saya mencadangkan memfokus kepada hanya saya tajuk kerana tajuk yang saya cadangkan memfokuskan kepada dua tajuk.Dia juga mencadangkan saya menumpukan kepada permohonan bangunan baru kerana maklumatnya yang lebih detail dan mempunyai banyak bahan? justeru saya inginkan pandangan atau cadangan en.sukeri untuk membantu saya.

    ReplyDelete
  6. salam en.sukeri saya ingin memberi cadangan tentang tajuk yang saya pilih iaitu prosedur permohonan kelulusn pelan bangunan bagi bangunan baru.saya telah pun berbincang dengan penyelia saya dan beliau bersetuju dengan tajuk saya.oleh itu saya ingin pendapat dan cadangan daripada en.sukeri


    Lapor cadangan

    Tajuk kajian : permohonan kelulusan pelan bangunan bagi bangunan baru

    Objektif Kajian : untuk memastikan cadangan pembangunan mempunyai kelulusan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan selaras undang-undang dan garispaanduan ditetapkan.

    skop kajian :kakitangan yang terlibat dalam pemproses permohonan kelulusan pelan bangunan

    metodelogi kajian: permohonan kelulusan meliputi cadangan terhadap proses pembangunan baru yang meliputi kediaman, kedai /pejabat,sekolah, taman perumahan.mereka yang terlibat dalam pempropesan permohonan kelulusan pelan bangunan. Antara agensi yang terlibat ialah ahli mesyuarat jawatankuasa yang terdiri daripada jabatan teknikal luaran dan dalaman dan ahli kaunselor. setiap permohonan akan dibawa ke mesyuarat setiap 2 kali seminggu. majlis ini akan menentukan setiap permohonan diluluskan ataupun ditolak. Dibahagian kawalan bangunan ini membuat permohonan untuk bangunan baru, bangunan sementara dan juga tambahan/ubahsuai. ada juga permohonan permit seperti permit pasir, dan penutupan jalan. Bagi kelulusan permohonan pelan untuk bangunan baru maklumatnya lebih detail dan lanjut dan ini membantu saya dalam kajian ini.

    latar belakang organisasi :majlis perbandaran Temerloh adalah dibawah akta kerajaan tempatan 1976. bermula 1981 adalah daerah Temerloh dan dinaik taraf januari 1997. bertanggungjawab terhadap perncangan, pembangunan khitmat masyarakat, dan juga penguatkuasaan.

    Saya ialah afriliza wati dan ingin pendapat dan cadangan daripad en.sukeri tentang cadangan kajian saya.

    ReplyDelete
  7. Dear,

    Isu yang you nak kaji tu kira ok la. But it was old issue.

    Regards,
    MSK

    ReplyDelete
  8. so en.sukeri boleh tak saya teruskan dengan isu yang saya nak kaji tu?

    ReplyDelete
  9. saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri mesyuarat OSC atau jawatankuasa pusat setempat.saya telah menghadiri mesyuarat ini kali kedua. ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan saya.Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli jawatankuasa dan dipengerusikan oleh YDP MPT.juga dihadiri oleh setiap wakil ketua jabatan ataupun bahagian. selain it dihadiri oleh wakil daripada jabatan teknikal seperti JKR, JPD, JAS, JBA, TNB, BOMBA, INDAH WATER dan lain lagi. setiap wakil jabatan ini akan mengemukakan cadangan dan pandangan bagi ulasan teknikal bagi setiap permohonan yang akan dibentang dimesyuarat OSC.
    Kali ini mesyuarat ini membentangkan permohonan pelan kerja tanah dan perparitan, permohonan bangunan baru, permohonan tambahan/pindaan/bangunan sementara dan juga permohonan burung walit. Ketika mesyuarat setiap ketua jabatan akan membentangkan setiap permohonan dan juga rayuan.ketika ini asas pertimbangan setiap permohonan akan dibentangkan dan ulasan jabatan dalam mengemukakan syarat yang perlu dipatuhi. ulasan jabatan teknikal dalaman dan luaran juga diambil samada setiap permohonan dihalang ataupun tidak. perbincangan akan diadakan dan keputusan akan dicapai samada setiap permohonan diluluskan, diluluskan dengan syarat ataupun ditolak.

    ReplyDelete
  10. Pada hari sabtu yang lalu Majlis Perbandaran Temerloh telah merasmikan logo terbaru dan juga perasmian galeri tokoh. Perasmian logo dan galeri tokoh ini dirasmikan oleh YDP MPT dan Dato' Shakar iatu ahli parlimen Lanchang.
    Sempena majlis ini unit kawalan bangunan diminta untuk menganjurkan pertandingan mewarna untuk memeriahkan majlis tersebut. Saya telah menjadi urusetia bagi menguruskan acara pertandingan mewarna tersebut. saya diminta untuk menyediakan peralatan bagi tujuan pertandingan tersebut.Juga dikehendaki untuk menguruskan pendaftaran, bertanggungjawab semasa majlis tersebut berlansung.Antara aktiviti lain yang diadakan adalah seperti pertandingan karoake, pertandingan kuiz terbuka kepada pelajar sekolah,dan pertandingan berbasikal tua yang paling lambat.pada pukul 12 tengahari saya bertanggungjawab menyampaikan hadiah kepada Dato' untuk para peserta yang menang dalam pertandingan tersebut.Majlis ini bermula pada pukul 8 sehinggalah 4 petang.

    ReplyDelete
  11. salam. saya ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan tentang cara memohon permit dalam kawasan Majlis Perbandaran Temerloh. Antara permit yang dipohon adalah seperti permit pasir dan pembinaan, permit penutupan jalan dan penggunaan kren bagi tempoh 1 hari, permit hoarding board bagi 1m panjang selama 1 bulan, permit bangsal stor berkaitan bangunan baru untuk tempoh 6 bulan. manakala permit perancah bagi 1 tiang adalah tempoh bagi satu bulan. pemohon perlu menyatakan satu salinan geran ataupun surat kelulusan pelan bangunan. terdapat 2 salinan untuk kegunaan pejabat.Bagi memohon permohonan lesen pula sesuatu permohonan itu diluluskan atau ditolak oleh pembantu juruteknik.

    ReplyDelete
  12. saya juga mempelajari tentang kelulusan bangunan baru. juga didedahkan dengan cara mendokumenkan dokumen untuk bangunan baru dan kelulusan untuk mendapatkan CF.Terdapat dua dokumen dalam proses bagi permohonan baru iaitu B2 dan B3. B2 adalah untuk permohonan baru manakala B3 adalah permohonan untuk dibawa ke mesyuarat untuk mendapatkan kelulusan. selain itu, mempelajari cara pengiraan Fee untuk bangunan sementara. setiap pengiraan adalah berbeza cara pengiraan mengikut kategori bangunan samada bangunan sementara, tambahan, dan ubahsuai.Ia juga penting bagi mendapatkan fee dan juga bayaran permit.

    ReplyDelete