April 15, 2009


NUR HAFIZA BINTI HASHIM
Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri KelantanPejabat Pembangunan Jajahan Jeli,Bukit Nangka 17700 Ayer Lanas,JeliKelantanMajikan:En.wan Muzani bin Wan Idris09-9467013013-9900495

15 comments:

  1. Salam...
    Pada hari Isnin, 1 jun 2009 saya telah melaporkan diri di Jabatab pembangunan Persekutuan kelantan sekitar jam 8.15 pagi. selesai melapor diri jam 9.45 saya dan rakan praktikal lain di bawa masuk ke bilik mesyuarat untuk memperkenalakan diri masing-masing serta sedikit sebanyak latar belakang pendidikan. kemudian kami dibahagikan kepada pejabat pembangunan peringkat jajahan. saya di tempatkan di Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli dan dikehendaki melaporkan diri pada 2 jun 2009. Selesai pembahagian kami telah di beri penerangan mengenai JPPK,segala projek pembangunan fizikal dan bukan fizikal dari kerajaan persekutuan akan disalurkan ke dalam negeri melalui JPP Kelantan yang mana kemudian akan di agihkan kepada jabatan atau kontraktor berkenaan untuk dilaksanakan.

    ReplyDelete
  2. 2 Jun 2009, Jabatan Pembangunan Jajahan jeli:
    Sekali lagi proses melaporkan diri. Hari pertama disini saya telah diberikan tugas menyusun fail-fail projek yang telah berjaya dilaksanakan bagi Jajahan Jeli tahun 2009 mengikut jenis projek dan juga fasa pelaksanaan. Dengan melakukan tugas tersebut saya dapat mengetahui terdapat lima jenis projek dibawah seliaan Pejabat Pembangunan Jajahan iaitu projek khas iaitu projek dari Menteri,Parlimen dan juga ADUN,projek infrastruktur awam asas, projek infrastruktur awam,projek agama dan juga projek blok. Projek pembangunan yang diuruskan oleh jabatan peringkat jajahan adalah projek yang menelan belanja kurang daripada RM200 ribu. Jika lebih dari amaun tersebut projek yang berkenaan akan diuruskan oleh Pejabat Pembangunan Persekutuan,contohnya pembinaan sekolah.

    Setakat ini sahaja untuk hari ini...wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam..
    Semalam hari ketiga berpraktikum di PPJ Jeli;
    pada sebelah pagi saya diberi tugas menyusun dan mencacatat minit surat ke dalam buku catatan surat kerana staf terlibat bercuti. Kebanyakan surat yang diterima adalah dari pejabat induk di kota Bharu berbentuk makluman atau arahan terbaru.

    Sekitar waktu tengahari PPJ disini menjadi tumpuan para kontraktor yang datang samada untuk menyelesaikan hal-hal tuntutan bayaran ataupun berbincang mengenai projek dengan para pegawai teknikal disisni.

    Sebelah petang keadaan agak lengang,saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan staf disini sambil berkongsi sedikit maklumat yang berkaitan dengan projek-projek bawah seliaan PPJ Jeli. saya dimaklumkan PPJ ini sering juga menganjurkan seminar dan progarm pembangunan ilmiah. Selain itu saya juga meneliti beberapa borang yang terlibat dalam proses menuntut bayaran oleh kontraktor.

    ReplyDelete
  4. Salam..

    4/6/2009;
    Genap 4 hari di PPJ Jeli,sebelah pagi saya meneliti fail-fail projek yang lepas untuk mencari tajuk kajian bagi laporan praktikum.
    Kemudian membuat fotokopi senarai nama-nama projek pembangunan infrastruktur bagi tahun 2008.

    Sekitar tengahari saya diberi tugas untuk membuat surat makluman mesyuarat dan juga minit mesyuarat kepada pegawai-pegawai yang terlibat dengan Program Anugerah Desa Cemerlang 2009 bagi Jajahan Jeli yang akan diadakan pada 9 Jun 2009.

    Mengikut surat tersebut, mesyuarat kali pertama ini akan dikendalikan oleh PPJ Jeli walaupun program tersebut adalah anjuran KEMAS Jeli.

    Akan bersambung...

    ReplyDelete
  5. MANA ALAMAT LENGKAP TEMPAT PRAKTIKUM ANDA..

    ReplyDelete
  6. tolong hantar segera alamat lengkap tempat praktikum

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Isnin,8/6/2009:

    Tugasan saya pada hari ini bermula dengan menaip laporan minit mesyuarat bagi mesyuarat yang lepas iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Jajahan Jeli.

    Kemudian pada sebelah petang saya dikehendaki memaklumkan pegawai-pegawai tertentu di Jajahan Jeli mengenai mesyuarat yang akan diadakan pada 10 Jun yang mana akan membincangkan mengenai Anugerah Desa Cemerlang Peringkat Jeli. Anugerah ini bertujuan untuk meningkatkan lagi semangat penduduk kampung untuk sama-sama membangunkan kampung masing-masing sekaligus dan memastikan segala infrastruktur yang telah disediakan pihak kerajaan terjaga dengan baik.

    Antara jabatan yang terlibat dalam program ini ialah Pejabat KEMAS, Pejabat Pelajaran, Jabatan Penerangan, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pertanian, Pejabat MARA dan KESEDAR.

    ReplyDelete
  8. Organisasi:
    Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan
    Pejabat Pembangunan Jajahan Jeli,
    Bukit Nangka
    17700 Ayer Lanas,Jeli
    Kelantan

    Majikan:
    En.wan Muzani bin Wan Idris
    09-9467013
    013-9900495

    ReplyDelete
  9. Dear,

    Isu apa yg you nak tulis?

    Regards,
    MSK

    ReplyDelete
  10. tajuk:
    kepentingan penyediaan infrstrktur awam dalam proses pmbgnan kawsan luar bndar.
    kajian kes: dun bukit bunga,jeli, kelantan.

    isu;
    kwsan bukit bunga merupakan kawsan yg agak mundur dimna proses pmbngunan agk lmbat jadi saya nak kaji samada infrastruktur yg telah disdia memainkan peranan penting atau tidak terhdap proses dan tmpoh msa bagi kwsan tersebut untk membgun

    ReplyDelete
  11. Salam..
    Rabu,24/6/09:
    Rutin hari ini bermula dengan membaca surat khbar untk mengetahui perkmbagan smasa dalam dan luar negara. Kemudian saya ditugaskan untuk membuat panggilan kpd smua penghulu mukim untuk hadir ke pejabat bagi tandatangan surat menyambung perkhidmatan bagi bulan Julai.

    Sebelah petang saya mengambil gambar perkembangan beberapa projek yang telah selesai untuk membantu juruteknik membuat laporan projek untuk diserahkan kpd ibu pejabat di Kota Bharu.

    ReplyDelete
  12. salam..
    Isnin,27/7/09
    Praktikum seperti biasa, kerja tak banyak tapi saya banyakkan pemerhatian sekitar organisasi. Sesi undian dan pembahagian projek bagi fasa ke-7 tahun 2009 untk prlimen Jeli. projek yang dilluluskan adalah PIA,PIAS dan ameniti sosial,mengikut surat kuasa yang diberi bilangan hampir mencecah 90 buah projek. saya telah diberi tugas untuk memaklumkan kepada kntraktor yang berkelayakan untukm mendapat projek2 tersebut agar hadir pada hari undian dibuat.

    ReplyDelete
  13. Salam..
    Penyelia saya, en.wan muzani mengkehendaki saya dan rakan praktikum lain menganalisa projek2 pembangunan dalam kawasan Jeli bagi tahun 2007 hingga 2008. So, hari ni saya meneliti semua data berkaitan projek yang telah dijalankan termasuklah jumlah projek, bentuk peruntukan yang diterima serta menentukan jenis projek samada projek fizikal, perbekalan ataupun program. Maklumat yang diperoleh akan saya analisa kemudian akan dibentangkan pada satu tarikh yang akan ditentukan nanti.

    ReplyDelete
  14. ini harta ahmad albab yang punya

    ReplyDelete