
CHONG PEI SHAN
Syarikat:Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, IpohAlamat:Gugusan Manjoi,Lorong Pasar,Kg. Sungai Tapah,30020 Ipoh.Pegawai Syarikat: -No Tel: 05-5275875
Salam All, PESANAN 1 Aluan Perutusan pertama untuk semua. Selamat berpraktikum. Tunaikan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Jangan main-main. Jaga nama baik diri, keluarga dan universiti. Anda semua adalah duta kepada Program Pengurusan Pembangunan khususnya dan UUM amnya. Jalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. PESANAN 2 Perbincangan berkaitan dengan praktikum EMAIL: sukeri@uum.edu.my TEL : 049284242
Syarikat:Pejabat Daerah dan Tanah Kinta, Ipoh
ReplyDeleteAlamat:Gugusan Manjoi,Lorong Pasar,Kg. Sungai Tapah,30020 Ipoh.
Pegawai Syarikat: -
No Tel: 05-5275875
salam,
ReplyDeletesijil penempatan saya tiada menunjukkan pegawai syarikat saya.oleh itu saya tidak dapat maklumkan pegawai syarikat saya. maaf.
Salam, Encik Sukeri
ReplyDeletePagi ini saya telefon balik UIL untuk mengenalpasti alamat syarikat praktikum saya dan didapati tahu alamat syarikat telah ubah. Oleh itu saya akan maklum semula maklumat syarikat praktikum saya.
Nama Syarikat : Pejabat Tanah dan Galian Negeri Perak
Alamat Syarikat : Bangunan Seri Perak, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab 30000 Ipoh. Perak.
Telefon : 05-5225180
Pegawai Syarikat: Tuan Haji Abidi Bin Hussein
Sekian.
1/6/09
ReplyDeleteHari ini adalah hari pertama praktikum di Pejabat Tanah dan Galian Perak. Saya berasa debar-debar masa nak berjumpa dengan penyelia saya Tuan Haji Abidi Bin Hussain. Saya datang awal pada pukul 7.30am kerana takut memberikan pandangan pertama yang tidak baik kepada pegawai-pegawai dekat sini jika saya lewat. Tuan memberitahu saya bahawa pelajar yang datang praktikum dari UUM ada seramai 6 orang. Tuan tunggu mereka semua dah sampai dan memberitahu kami tentang peraturan-peraturan pejabat ini serta memberitahu kami Pejabat Tanah dan Galian Perak(PTG) ini mempunyai beberapa bahagian antaranya perundangan dan audit pengurusan, pembangunan tanah, penguatkuasaan dan teknikal, hak milik, hasil, teknologi maklumat, hakmilik strata dan pasukan petugas khas.
Selepas itu, kami dibawa ke bahagian hak milik penulisan. Kami dipantau oleh seorang pembantu tadbir Encik Abdullah b. Mohamad Samsuddin. Beliau memberitahukan kami tugasan-tugasan bahagian ini dan menjelaskan proses permohonan tanah secara ringkas. Kami juga didapati tahu di negeri Perak mempunyai 10 Jabatan tanah. Beliau juga menjelaskan langkah-langkah memohon tanah dan kegunaan borang-borang yang akan digunakan seperti Borang Jadual 1/Jadual 1A, Borang 12A, Borang 12D, Borang 5A, Borang 11AK, Borang 12B dan sebagainya. Kami berasa keliru tentang banyak borang yang hendak digunapakaikan tetapi beliau bersikap prihatin telah membuat penjelasan yang banyak kepada kami walaupun masih mempunyai banyak beban kerja di atas meja beliau. Staf-staf lain juga bertindak mesra kepada kami dan sedia memberikan bantuan kepada kami. Kami dilayani baik di bahagian ini dan mula berasa suka tempat ini sebagai tempat kerja hari kemudian.
2/6/09
ReplyDeleteHari ini saya masih kekal dalam bahagian hak milik penulisan. Pada pagi ini, Encik Saifudin, salah seorang kerani dalam bahagian ini telah meminjam maklumat kepada saya. Maklumat ini tentang Kanun Tanah Negara(KTN). Berdasarkan maklumat yang diberikan, KTN menghendaki mengeluarkan satu notis dan disampaikan kepada orang atau badan yang meminta tanah tertentu. Hal ini bertujuan untuk memaklumkan kepada pemohon tentang sesuatu tindakan yang perlu diambil atau yang telah diambil. Contoh notis yang dibenarkan untuk disampaikan di bawah KTN ialah notis dalam Borang 6A.
Selain itu, saya juga dapat tahu tanah bermilik dikehendaki membayar cukai tahunan kepada Pihak Berkuasa Negeri. Kegagalan pembayaran cukai tahunan atau melanggar syarat-syarat boleh mengakibatkan tanah itu diambil balik oleh kerajaan. Apabila berlaku pelanggaran syarat kegunaan tanah, Pejabat Tanah boleh sebagai ganti kepada mengambil tindakan supaya tanah terlucuthak kepada Pihak Berkuasa Negeri, menyerahkan notis dalam Borang 7E meminta tuan punya menunjukkan sebab mengapa ia tidak boleh dikenakan denda berkenaan dengan pelanggaran itu. Jika Pejabat Tanah tidak berpuashati dengan penjelasan yang diberikan, ia boleh mengarahkan tuan punya untuk membayar denda tidak kurang daripada RM500 dan jika pelanggaran berterusan, denda tambahan tidak kurang daripada RM100 untuk setiap hari dalam tempoh pelanggaran berterusan. Saya juga mendapati tahu tentang pengiraan cukai. Beliau telah menunjukkan cara pengiraan cukai kepada kami semua. Segala pengiraan adalah berdasarkan Warta Kerajaan yang akan kemaskini setiap 10 tahun.
Pembantu tadbir pula memberikan penerangan secara mendalam tentang Borang 12A,12B,12D pada waktu petang.
Hari ini telah banyak menambahkan pengetahuan saya. Kerani-kerani di sini yang bertindak mesra menyebabkan kami berasa berat hati untuk berpindah ke bahagian lain esok.
3/6/09
ReplyDeletePada pagi ini, kami seramai 6 orang berpindah bersama ke bahagian hak milik pendaftaran. Bahagian hak milik pendaftaran ini bahagian yang menguruskan pendaftaran-pendaftaran termasuklah pindahmilik, pindahmilik gadaian, pajakan tanah, gadaian bayaran wang pokok, gadaian bayaran wang semasa, menangguhkan gadaian, perakuan jual oleh Mahkamah, perakuan jualan oleh Pentadbir Tanah, melepas gadaian, pemberian Ismen, Ismen berbalas dan melepaskan Ismen.
Encik Nawawi b. Abas sebagai penolong pegawai tadbir menunjukkan sistem SPTB kepada kami. Iaitu sistem komputer yang digunapakai unut membuat semakan butiran dan membuat segala urusan pendaftaran.
Selain itu, Puan Roniza bt Mohamad dan Puan Rosni bt Ramli juga memberikan bantuan kepada kami. Mereka menjelaskan tentang kaveat. Kaveat merupakan satu urusan yang menyekat atau menghalang mana-mana tanah daripada sebarang urusniaga. Kaveat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu kaveat persendirian, kaveat lien, dan kaveat pendaftar.
Pada waktu petang, Encik Amir bin Nordin Abdul, sebagai pembantu tadbir membawa kami melawat bilik kebal, bilik penyusunan dan bilik penjilidan. Dalam bilik kebal terdapat banyak buku-buku yang mengandungi geran-geran dan butiran dokumen. Bilik penyusunan pula ialah bilik menyusun dokumen-dokumen sebelum mengambil ke bilik penjilidan untuk menjilid sebagai sebuah buku dan simpan dalam buku kebal. Bilik-bilik ini adalah tidak dibenarkan masuk dengan sesuka hati tanpa kebenaran.
Salam,
ReplyDeleteSaya sudah memberitahu encik bahawa alamat dan telefon nombor syarikat saya telah ubah kerana UIL melakukan sikit kesilapan ke atas sijil penempatan saya. Harap encik dapat mengenalpasti alamat praktikum saya yang saya telah mengubahsuai pada comment yang ketiga di sini supaya tidak menimbulkan sebarang masalah nanti. Terima kasih
4/6/09
ReplyDeletePagi ini, Encik Nawawi b.Abas, sebagai seorang penolong pegawai tadbir membawa kami ke Bahagian Hasil. Sebelum bertolak, beliau menanya pandangan kami tentang bahagiannya, kami juga berterus terang tentang apa yang kami nampak dan rasa. Beliau memberitahu bahagian tersebut hendaklah prihatin terhadap setiap dokumen supaya tidak menerima dokumen yang palsu.
Selepas itu, kami dibawa ke Bahagian Hasil. Bahagian ini ialah bahagian yang menguruskan tugas-tugas yang berhubung dengan orang awam. Kaunter di bahagian ini mempunyai 15 kaunter, antaranya adalah kaunter pertanyaan, kemasukan dan penyemakan, kaunter sekatan hak milik, kaunter penyerahan dan kaunter urusniaga yang bertugas menerima bayaran. Encik Mohd. Roshidi bin Abdul Rani dan Puan Hasnidar bt Kassim bertugas di kaunter pertanyaan, kemasukan dan penyemakan. Cik Noor Syazwani binti Shafie pula bertugas di kaunter sekatan hak milik. Mereka memberikan maklumat kepada kami tentang fungsi setiap kaunter dan tunjuk kepada kami macam mana melayani orang awam. Mereka juga menunjukkan contoh urusan hak milik semasa ada orang ke kaunter. Berdasarkan maklumat yang diberi, saya didapati tahu proses permohonan kelulusan pemilikan tanah oleh warganegara asing. Langkah pertama adalah pemohon mengemukakan permohonan berserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan di kaunter Pejabat PTG negeri. Langkah kedua, pegawai menyemak semua dokumen, sekiranya tidak lengkap akan diserah balik kepada pemohon. Langkah ketiga, pemohonan yang lengkap akan dicop dan didaftarkan dalam rekod. Langkah empat, pegawai membuka fail permohonan dan penyediaan kertas kerja bagi tujuan pertimbangan Pihak Berkuasa Negeri di dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau pertimbangan Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Langkah Kelima, kertas kerja disediakan dengan memasukkan pandangan daripada pihak-pihak lain jika perlu. Langkah keenam, kertas kerja yang telah disempurnakan dikemukakan kepada MMKN untuk pertimbangan dan keputusan. Langkah ketujuh, keputusan diterima daripada MMKN. Langkah kelapan, keputusan direkodkan berdasarkan nombor rujukan permohonan yang telah diberikan di dalam Langkah2. Langkah kesembilan, surat keputusan MMK disediakan serta disalinkan kepada Pejabat Tanah Daerah(PTD) yang berkenaan untuk rekod. Langkah yang terakhir adalah pemohon dihubungi bagi penyerahan surat kelulusan.
Pada waktu petang, kami disuruh ke kaunter penyerahan. Kami diajar bagaimana menyusun fail-fail mengikut nombor siri.
5/6/09
ReplyDeleteHari ini, saya mendapat saya punya jadual iaitu jadual waktu yang menentukan saya pergi ke bahagian mana pada masa akan datang. Sama juga dengan rakan UUM saya yang praktikum di PTG ini. Mengikut jadual, kami hendaklah balik ke bahagian hak milik. Oleh itu, kami berputar balik ke Bahagian hak milik pendaftaran. Walaupun bukan hari pertama datang ke bahagian ini tetapi kami masih tidak biasa dengan suasana di sini kerana bahagian ini terlalu banyak urusan dan kerja nak uruskan menyebabkan mereka tidak ada masa yang lebih untuk melayani kami.
Walaubagaimanapun, Encik Badrul, seorang Ketua Pembantu Tadbir, melayani kami dengan mesra walaupun ada banyak beban kerja yang hendak diuruskan. Beliau menjelaskan tentang permohonan tanah. Proses permohonan tanah merangkumi empat proses, iaitu pelupusan, pendaftaran, teknikel dan hasil. Pejabat tanah akan melupuskan tanah selepas itu memulakan proses permohonan dengan mengisi borang Jadual 1. Kemudiannya, pendaftaran akan dilakukan dan urusan teknikal yang akan menguruskan permohonan dan pendaftaran. Hal ini untuk memastikan dokumen-dokumen yang diterima itu adalah tepat. Proses terakhir adalah cukai tanah akan dikenakan dengan tanah berkenaan.
Selain daripada maklumat tentang bahagian ini, beliau juga memberitahu kami tentang pengalaman dan pandangan beliau tentang pengurusan bahagian ini. Beliau berpendapat bahawa masa dulu pengurusan dokumen secara manual manakala pada masa sekarang pengurusan berkomputer mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Selain itu, beliau juga mengingatkan kami pada hari kemudian kami harus memilih kerja yang sesuai dengan kami serta harus mengamalkan nilai tanggungjawab dan rajin terhadap kerja kami.
8/6/09
ReplyDeleteHari ini adalah minggu kedua praktikum saya. Bangun pagi telahpun menjadi satu kebiasaan bagi saya sekarang. Sebelum pukul 8 pagi, kami seramai 6 orang pelajar praktikum telah menunggu dekat bilik Tuan Haji Abidi untuk menandatangani buku log dan mengadakan persembangan tentang keadaan kami pada minggu yang lepas dan perkembangan kami. Tuan Haji Abidi amat mengambil berat dengan kesesuaian kami dalam bahagian-bahagian lain. Selepas itu, kami dibawa ke Bahagian Hasil. Kami pernah datang ke Bahagian Hasil ini pada minggu yang lepas tetapi kali ini kami belajar tentang hasil, ia berbeza dengan minggu yang lepas kerana minggu lepas kami belajar tentang kaunter pertanyaan dan kaunter penyerahan, kali ini kami belajar di kaunter urusniaga dan perakaunan. Ia juga boleh dipanggil sebagai unit operasi dan unit perakaunan.
Kami dibawa untuk berjumpa dengan penolong pengarah tanah dan galian(hasil) iaitu Cik Aziah binti Abdul Aziz. Beliau bertindak mesra kepada kami dan memberitahu kami bahawa bahagian ini merangkumi tugasan kerja seperti pengurusan cukai dan sebagainya. Pemungutan cukai boleh dilakukan melalui pos, secara online dan melalui FPX. Jumlah bertugas di sini adalah seramai 11 orang. Setiap bulan, mereka haruslah sediakan laporan bulanan untuk menyemak butiran pemungutan. Mereka juga akan mengadakan mesyuarat tetap untuk berjumpa dengan ketua-ketua kerani untuk membuat perbincangan dan juga dengan ketua Bahagian Teknologi Maklumat supaya memastikan sistem yang digunapakai dijalankan lancar dan tidak menimbulkan sebarang masalah.
Cik Nora Idayu bt Abd Rani, seorang kerani di bahagian ini memberikan maklumat kepada kami. Beliau memberitahu kami bahawa setiap hari mereka akan memungut semua wang yang dipungut sebanyak 2 kali iaitu pada pukul 2 petang dan sebelum habis kerja tetapi masuk bank pada hari esok pagi. Mereka akan menyemak ’balance’ supaya jumlah pungutan itu sama dengan yang dicatatkan. Beliau juga menunjukkan kami buku Laporan Logofi Kutipan Bayaran Urusan Tanah, buku tunai, terimaan hasil, pembetulan jurnal.
9/6/09
ReplyDeleteHari ini, saya dan kawan-kawan praktikum saya bersama-sama diagihkan ke Bahagian Hakmilik Strata. Kali ini adalah kali pertama saya datang ke bahagian ini. Bahagian ini dilihat kemas dan teratur. Bahagian ini dibahagikan kepada tiga bahagian kecil iaitu permohonan, pendaftaran dan penguatkuasaan. Encik Haji Jama Asik b. Mohd Nor yang berperanan sebagai penolong pegawai hakmilik strata membawa kawi ke bilik mesyuarat kecil supaya dapat belajar dengan selesa. Selepas itu, Encik Haji Jama Asik memberikan penerangan kepada kami dengan mesra. Sebelum beliau membuat penerangan secara mendalam tentang hakmilik strata, beliau memberikan penerangan ringkas tentang tanah demi memastikan kami faham akan asal dahulu. Tanah termasuklah permukaan bumi, bawah permukaan bumi seperti bahan galian, sumber alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan dan tanah diliputi air seperti sungai. Tanah dibahagikan kepada empat jenis iaitu tanah kerajaan, tanah rizab, tanah lombong, tanah berimilik. Berdasarkan penerangan beliau, kami mendapati tahu tanah rizab adalah tanah yang dirizab untuk satu tujuan. Contohnya rizab hutan, rizab tanah lapang dan sebagainya. Tanah lombong merupakan tanah yang dilupuskan oleh tanah kerajaan yang bertujuan lombong dan pajak. Tanah lombong tidak mempunyai milik, ia hanya sewa untuk tujuan pempajakan sahaja. Tanah milik adalah tanah yang ada hakmilik dan ia dicatat dalam satu dokumentasi. Ia adalah bersyarat dan mempunyai muktamad.
Encik Haji Jama Asik memberitahu kami tentang hak milik strata. Hakmilik strata berkaitan dengan bangunan bertingkat. Ia bermaksud bangunan yang mempunyai dua tingkat ke atas dan petak-petak dimiliki oleh pemilik yang berasingan. Ia bermaksud, bukannya semua bangunan yang mempunyai dua tingkat ke atas adalah hakmilik strata, ia haruslah mempunyai salah satu atau lebih petak dalam bangunan tersebut dimilik oleh pemilik lain barulah dianggap sebagai strata. Beliau juga memberitahu kami hakmilik strata hanya boleh didaftar selepas pembinaan dan mendapati pemilik baru selepas dapat sijil kelayakan menduduki. Jikalau dalam 6 bulan selepas mendapat sijil kelayakan menduduki masih tidak mendaftar strata, maka pihak berkuasa boleh bertindak seperti denda terhadap pemilik tersebut.
Selain itu, kami juga dapat peluang untuk menandakan cop ke atas geran strata.Contoh-contoh tanda cop telah dicop sebagai kenangan di buku log saya.
Dear,
ReplyDeletePlease precise the issue of your topic. Squaters issues is too general. The format should be fine if you follow the previous format suggested by Prof Madya Dr.Abdul Halim. Please read the articel attached.
Regards,
MSK
Regards,
Salam,
ReplyDeleteTajuk masalah setinggan saya tahu terlalu general, kalau saya tukar tajuk kepada "keberkesanan Setinggan Sifar 2010 terhadap masalah setinggan di Jelapang Meru Tin"?adakah lebih sesuai?Sekian.
10/6/09
ReplyDeleteHari ini saya masih kekal di Bahagian Hakmilik Strata. Pagi ini, Enick Haji Jama Asik b. Mohd Nor menyerahkan saya dan rakan praktikum saya kepada Cik Nazatulshima bt. Che Din, seorang pembantu tadbir di bahagian ini. Beliau mengajar kami cop dalam rekod pemilik iaitu berada di dalam geran strata. Contoh-contoh cop telah ditandakan di dalam buku log saya. Cop-cop berkenaan adalah seperti tanda cop pendaftar, perbadanan pengurusan, alamat perbadanan pengurusan dan pemilik asal.
Selepas itu, Encik Mohamed Abdul Ghani b. Mohamed Zain, sebagai penolong pegawai tadbir memberitahu kami bahawa pendaftaran hakmilik strata hendaklah merujuk kepada beberapa akta perundangan, antaranya adalah Akta Banguanan dan harta bersama, tertakluk kepada pekeliling Bil 3/87, Bil 3/2007, Bil 1/1997, Bil 1/2004, Bil 1/2008. Beliau juga memberitahu kami objektif bahagian ini, iaitu mewujudkan pengurusan, pentadbiran, pemprosesan, mempertingkat sistem pentadbiran hakmilik strata pecah bagi bangunan, mengambil tindakan ke atas pemilik yang gagal memohon pecah bagi hakmilik strata.
Aktiviti bagi unit permohonan adalah termasuklah memproses permohonan pecah bahagi bangunan, memproses permohonan mengkelaskan bangunan sebagai bangunan kos rendah dan pengeluaran sijil perakuan kos rendah, memproses permohonan pecahan dan penyatuan petak, memproses permohonan penamatan skim strata, menyediakan laporan permohonan, menguruskan sistem e-Hadir, menguruskan barang-barang pentadbiran dan Akta Hakmilik Strata 1985 senarai semak dan risalah untuk digunakan dalam setiap permohonan, menguruskan bekalan alat-alat tulis untuk kegunaan kakitangan.
Aktiviti bagi unit pendaftaran dan urusniaga pula adalah termasuklah merekod dan menyemak serta mendaftarkan hakmilik strata yang diterima dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Perak(JUPEM), mendaftarkan urusan urusniaga dan bukan urusniaga, mengemaskini data Sistem Pengurusan Hasil Tanah Hakmilik Strata(SPHT-Strata), menguruskan pengeluaran Sijil Perakuan Perbadanan Pengurusan, Urusetia Majlis Penyerahan Hakmilik Strata, menguruskan urusan penjilidan Buku Daftar Strata dan mendaftarkan hakmilik strata hilang.
Cik Nazatulshima memberikan kertas panduan tentang Permohonan Pecah Bahagi Bangunan Hakmilik Strata dan Kehidupan Bersama dalam bangunan bertingkat Perbadanan Pengurusan kepada kami supaya kami dapat lebih memahami tentang hakmilik strata.
11/6/09
ReplyDeleteHari ini kami diagihkan ke Bahagian Teknologi Maklumat. Kami dibawa untuk berjumpa dengan pegawai teknologi maklumat iaitu Encik Zolkefli bin Mohd Idris dan Puan Nor Asima bt. Mohamed Razlan sebagai penolong pegawai teknologi maklumat. Mereka bertindak mesra dan memberikan suatu taklimat kecil tentang bahagian ini kepada kami. Satu slide show ditayangkan bersama penjelasan Encik Zolkefli. Secara umumnya, objektif bahagian ini adalah melaksanakan operasi, pembangunan, sokongan dan penyelenggaraan sistem komputer bagi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan pengurusan tanah negeri Perak. Fungsi-fungsi bahagian ini mengandungi memodenisasikan pentadbiran dengan menyediakan infrastruktur teknologi maklumat mengikut perkembangan teknologi semasa, membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pentadbiran dengan penggunaan teknologi maklumat, memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan menurut kehendak pengguna, membuat pengemaskinian maklumat tanah sebaik sahaja maklumat diterima, memastikan statistik dan laporan yang dikeluarkan adalah tepat dan kemaskini, memberi perkhidmatan yang berkualiti dan berkesan kepada pengguna.
Bahagian ini mengamalkan beberapa sistem yang bertujuan untuk memudahkan proses pengurusan, antara sistem-sistem yang dibangunkan adalah sistem dibawah kementerian, sistem pentadbiran hasil tanah (SPHT) online, sistem permohonan kebenaran (e-BENAR), sistem pemantauan perumahan dan industri (e-Pembangunan), sistem e-fail dan surat, sistem e-SPTP, sistem e-MMK, sistem e-STRATA dan sistem inventori.
Sistem pentadbiran hasil tanah(SPHT) online adalah sistem yang bermula pada awal Januari 2002 dan digunapakai sepenuhnya oleh semua 17 Pejabat Tanah pada Januari 2004 dan telah digunapakai di PTG pada April 2007. Sistem ini adalah sistem yang penting. Kelebihan sistem ini adalah pembayaran cukai tanah boleh dibuat di mana-mana Pejabat Tanah di negeri Perak. Pembayaran cukai tanah secara elektronik iaitu Maybank2u.com telah dimulakan pada 24 April 2007 manakala pembayaran cukai tanah di Pejabat Pos Negeri Perak telah dimulakan pada Januari 2008.
Sistem permohonan kebenaran(e-BENAR) merupakan sistem yang menguruskan proses kebenaran pindah milik, gadaian, pajakan. Sistem ini dibangunkan pada tahun 2005 dan digunapakai di semua Pejabat Tanah pada bulan Julai 2005.
Sistem penguatkuasa bermula pada awal Januari 2006 dan digunapakai sepenuhnya oleh semua 17 Pejabat Tanah pada Mei 2006. Ia terdiri daripada 4 sub sistem iaitu e-Setinggan, e-Ruang Udara, e-Langgar Syarat dan e-Bahan Batu.
shan I'm Amutha.I'm doing about Kawalan Pembangunan menerusi Kebenaran Merancang.lecturer approved ready my topic. 4 this topic can i icluded d process and procedur kebenaran merancang.4 dis topic wat type of question can i ask in questionaire....( public percepcion on basic knowledge kebenaran merancang)....i'm not sure....ur opinion......thanks.
ReplyDeletegood morning shan, r u find edi d journal 4 ulasan karya.. i still didnt got d journal. i'm doing about kawalan pembangunan menerusi kebenaran merancang rite, so can i find d journal about development control? thanks
ReplyDelete