April 15, 2009


NURADILA BINTI YAAKOB
Syarikat : ZIKAY MANAGEMENT SERVICES SDN BHDAlamat : Aras 8, Bangunan ZIKAY,53 Jalan Raja Alang,Kampung Baru,50300 Kuala Lumpur.PegawaiSyarikat : Pn Nor Shila MustapaPengurus Besar,Jbtn Sumber & Pbgn Manusia.No. Tel : 03-26988789

71 comments:

  1. Salam...
    Sy nak bg mklmt praktikum sy...

    Syarikat : ZIKAY MANAGEMENT SERVICES SDN BHD
    Alamat : Aras 8, Bangunan ZIKAY,
    53 Jalan Raja Alang,
    Kampung Baru,
    50300 Kuala Lumpur.
    Pegawai
    Syarikat : Pn Nor Shila Mustapa
    Pengurus Besar,
    Jbtn Sumber & Pbgn Manusia.
    No. Tel : 03-26988789

    Tempoh praktikum yg ditetapkan ialah 01 Jun 2009 - 30 Sept 2009...manakala, tempoh yg ditetapkan oleh pihak ZIKAY ialah 01 Jun 2009 - 31 Dec 2009..

    Mklmt2 lain sy akan inform dr sms ke sms mel. blog nie...

    Sekian, TQ...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Thanks for info..please ask your frens to do so..it is good to update your profile...

    Regards

    ReplyDelete
  3. salam...
    panjang cita ang?? hehe..
    eh ang nak wat tajuk pe??
    aku x tau la nak wat tajauk pe, mcm2 pikir ni...

    ReplyDelete
  4. salam, bagusnya..awak..

    ReplyDelete
  5. Salam..
    br leh nk post cmmnt..

    08.06.2009
    Hari ke-6 dan minggu kedua di ZIKAY dimulakan dengan bacaan Al-Quran beserta terjemahan.Pada jam 9 g,saya telah menghubungi Pejabat Tanah Klang bagi projek Sg. Sireh dan telah diarahkan oleh pegawai disana untuk bertanyakan pendapat dan pandangan Majlis Perbandaran Klang.Saya juga telah diarahkan oleh Puan Linda untuk menghubungi Bahagian Perancang,Majlis Perbandaran Selayang untuk bertanyakan mengenai surat kelulusan perancang bagi projek YAYASAN SELANGOR samada sudah siap atau belum.Pegawai di Bahagian Perancang tersebut mengatakan surat kelulusan tersebut sudah siap dan kami boleh mengambilnya pada keesokan hari.
    Pada jam 10 pg,saya dan Puan Linda telah pergi ke SYABAS untuk menjelaskan bil air bagi satu kawasan projek.Kemudiannya,kami pergi ke rumah En. Yusof untuk menghantar layout plan bagi tujuan pengesahan.
    Pada jam 12 pula,kami telah pergi ke Pejabat Tanah Gombak untuk membuat carian rasmi bagi lot bersebelahan projek YAYASAN SELANGOR.Carian rasmi merupakan antara syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu projek itu boleh dijalankan.Caj yg dikenakan adalah sebanyak RM50.
    Pada jam 2 ptg pula,saya telah menghubungi Majlis Perbandaran Klang dan diarahkan untuk mengambil borang pindaan layout daripada Puan Norhayati di OSC,MPKlang.Bermula jam 3 ptg sehingga tamat waktu office,saya telah membaca fail 'land matter' berkenaan projek Sg. Sireh.Saya mendapati projek ini telah berlaku beberapa kali pertukaran jenis perumahan dan ianya merupakan projek terbengkalai daripada beberapa pemaju sebelum ZIKAY mengambil alih projek Sg. Sireh tersebut pada penghujung tahun 1998.

    ReplyDelete
  6. 09.06.2009
    Hari ke-7 di ZIKAY dimulakan dengan bacaan Al-Quran beserta terjemahan.Jam 9 pagi saya mulakan dengan membaca fail Sg. Sireh.Pada jam 2 ptg,saya telah mengikuti Puan Linda pergi ke Majlis Perbandaran Selayang di bahagian perancang,untuk mengambil surat kebenaran merancang bagi projek YAYASAN SELANGOR.Menurut Puan Linda,ZIKAY masih lagi belum mendapat balasan daripada TNB dan SYABAS dan papan tanda projek akan dipacakkan dalam minggu ini.Menurut pegawai di OSC MPSelayang,hanya SYABAS yg masih x reply dan beliau akan membuat follow-up yg seterusnya dgn pihak SYABAS.Kemudiannya,kami pergi ke rumah En.Yusof untuk mengambil kembali layout plan yg telah disahkan oleh beliau.
    Pada jam 5 ptg,saya telah membuat salinan (fotostat)surat kebenaran merancang yg telah kami dapat tadi utk difailkan.Jam 5.15 ptg,saya telah bertemu dengan En.Yusri bagi tujuan menyerahkan assignment yg diberikan(tetapi msh di dlm softcopy) dan beliau mengarahkan saya utk print di komputer En. Nasir.Saya juga telah menyerahkan buku log untuk disemak oleh En.Yusri..

    ReplyDelete
  7. 10.06.2009
    Hari ke-8 di ZIKAY dimulakan dengan tazkirah.Jam 9.30 pg,saya telah bertemu dengan En.Yusri untuk menyerahkan buku log utk disemak.Kemudiannya,saya diarahkan oleh Puan Linda utk membuat senarai ulasan jabatan teknikal bagi projek YAYASAN SELANGOR utk membuat pindaan layout sebagaimana yg dikehendaki.
    Pada jam 2.30 ptg,saya diarahkan utk menyertai mesyuarat yg membincangkan pelbagai projek yang sedang dan akan dijalankan.

    ReplyDelete
  8. 11.06.2009
    Hari ke-9 saya mulakan dgn pergi ke site office di Kundang,dan pergi meninjau tapak projek di Kundang dan Kuang.Saya telah pergi bersama-sama dengan Puan Linda dan En.Nasir.Setelah itu,kami bergerak ke MPKlang utk bertanyakan prosedur bagi membuat pindaan layout.Menurut pegawai di Bhgn Perancang permohonan bagi pindaan layout adalah sama seperti permohonan baru dibuat.Setelah itu,kami bergerak ke tapak projek Sg. Sireh utk meninjau serta mengambil foto terbaru bagi melihat keadaan semasa tapak.Didapati tapak tanah tersebut sudah diletakkan pondok tempat letak kereta,badminton court selain ada jalan baru yg dibina selain ada jalan baru yg dibina serta beberapa buah rumah haram telah didirikan.
    Setelah itu,kami bergerak untuk meninjau projek pertama ZIKAY iaitu projek prumahan SEMI-D.Juga didapati sedikit lot tanah ZIKAY yg spttnya kosong telah didirikan sebuah bengkel.Beberapa keping gambar telah diambil sebagai bukti pencerobohan tanah yg telah dilakukan.

    ReplyDelete
  9. 12.06.2009
    Minggu kedua di ZIKAY diakhiri dengan kuliyah pagi dari buku Terjemahan Riadhus Salihin dengan subtopiknya Perintah Rajin Menjaga Sunnat & Tata-Tertibnya.Kerja saya hanya dimulakan dengan mengecop borang untuk mendapatkan title bagi projek di MARAN.Sebanyak 100 set borang perlu dicop dan diisi dan saya melakukan tugas ini bersama-sama dengan Cik Rubi dan Puan Linda.Kerja mengecop ini hanya berakhir kira2 jam 5 ptg.

    ReplyDelete
  10. 15.06.2009
    Hari ke-12 dimulakan dengan bacaan Al-Quran beserta terjemahan.Setelah itu,saya hanya membaca fail2 projek Maran dan hanya membantu beberapa kerja yg diarahkan oleh staf disitu seperti membuat fotokopi geran tanah,menyusun LCP dan sebagainya.

    ReplyDelete
  11. 16.06.2009
    Hari ke-13 di ZIKAY dimulakan dengan bacaan Al-Quran beserta terjemahan.Seharian di office,saya hanya membantu Cik Rubi membuat fotokopi plan pre-comp sebanyak 195 lot tanah yg berlainan utk mengisi borang permohonan mendapatkan tittle.

    ReplyDelete
  12. 17.06.2009
    Hari ke-14 dimulakan dengan tazkirahhh....Seharian di office saya masih lagi membantu Cik Rubi menyiapkan borang permohonan tersebut...

    ReplyDelete
  13. 18.06.2009
    Hari ke-15 dimulakan dengan bacaan surah Yassin.Seawal jam 9 pg saya masih lagi menyiapkan borang permohonan tersebut(dah siap pun..)...Setelah itu,saya membantu Puan Linda memasukkan maklumat mengenai no.lot rumah,alamat,PT no., dan jenis rumah yg telah mendapat Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki di Perumahan Bandar Baru Bangi kesalam Microsoft Excel..

    ReplyDelete
  14. En. Sukeri..
    Saya mungkin terlupa nak bagitau..Saya akan mengikut tarikh praktikum yg ditetapkan oleh ZIKAY disebabkan selepas saya tamat praktikum,saya xbuat apa2..Bos2 kat situ suh cari pengalaman banyak2 sebagai persediaan,lagipun byk bnda yg saya xtau cm tugas2 sbnr 'project manager',penggunaan software cm microsoft project,cara nak handle sesebuah projek dsb..Jd saya akan wt report kt blog nie dalam tempoh 4 bulan jelah..Tp,saya tetap akn htr report pada tarikh yg telah ditetapkan..
    Harap Maklum..

    ReplyDelete
  15. Dear,

    Isu apa yg you nak bincang dalam laporan praktikum?

    Regards,
    MSK

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum en.sukeri..
    Saya dah send cadangan tajuk utk report praktikum kt e-mail encik,sbb saya igtkn kena htr pki e-mail..
    Saya cadang nak buat mengenai 'masalah2 yg dihadapi oleh pemaju melambatkan sesebuah projek pembangunan : faktor & langkah mengatasinya'..
    Saya akan amik cth dari beberapa contoh projek yg saya ikuti..yg t'dahulu,sms dan akan datang..

    ReplyDelete
  17. 19.06.2009
    Hari ke-16 di ZIKAY dimulakan dengan kuliyah pagi dengan tajuk Sejarah ringkas fahaman bahaiyah selama sejan..oleh kerana tiada kerja yang diberikan kepada saya,saya hanya membaca fail2 projek didalam komputer..Setelah tamat waktu rehat,saya membantu Puan Linda melipat layout plan dan selepas itu En. Nasir memberikan saya study pelan lantai projek di Tasik Biru,Kundang..

    ReplyDelete
  18. 20.06.2009
    Hari ke-17 di ZIKAY yang juga merupakan hari sabtu dimulakan dengan tazkirah.Bermula dari jam 9pagi,seperti yang diarahkan oleh Puan Linda saya menaip kembali 'job description' staf di bahagian ini didalam format yang sama.Kemudiannya,saya memasukkan senarai nama pembeli rumah di Laguna Biru menggunakan microsoft excel sehingga tamat waktu office.

    ReplyDelete
  19. 22.06.2009
    Hari ke-18 di ZIKAY dimulakan dengan bacaan Al-quran beserta terjemahan..dah juzuk 2 dh..Bermula dari jam 9 pagi saya hanya memasukkan senarai nama pembeli mengikut lot rumah di Laguna Biru sehingga tamat waktu office..sambil2 tue,saya tolong2 jugak bos fotostat plan,htr form kat HR dsb..

    ReplyDelete
  20. 23.06.2009
    Hari ke-19 di ZIKAY dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran beserta terjemahan..jam 9 pg saya mulakan dengan menyambung kembali kerja2 memasukkan maklumat pembeli rumah ke dalam komputer dan membuat salinan (fotostat) IC pembeli rumah tersebut di samping membuat softcopy dan diletakkan kedalam disket..sambil saya memasukkan maklumat tersebut saya membantu Puan Diana menyusun LCP serta mem'binding'nya sekali sehingga jam 6.15ptg..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum en...
    Sorry sir,it's almst a month i didn't send my 'daily report' to u..I hv a few prob. wth my laptop..InsyaAllah,i'll alwys send my 'report' to u through dis blog aftr dis..

    ReplyDelete
  22. 24.06.2009
    Hari ke-20 di ZIKAY dimulakan dengan tazkirah..
    Saya memulakan tugas dengan membuka fail baru untuk senarai nama pembeli dan meletakkan salinan IC ke dalamnya.Kemudiannya,saya melipat 'layout plan' sebagaimana yang diarahkan oleh Pn. Diana dan saya juga telah pergi ke bahagian HR (Human Resources) untuk mengambil stationery bersama2 dengan Cik Lin. Kemudiannya, saya menghabiskan kerja2 mem'binding' LCP sehingga habis.Setelah itu,En. Nasir mengarahkan saya untuk mempelajari 'feasibility study' (FS) bagi projek di Mukim Semenyih dan Kundang.Berdasarkan FS mengikut tarikh yang dibuat, iaitu pada 24/06/2009, komponen pembangunan yang dicadangkan tidak memberi pulangan hasil yang lumayan.Namun begitu,menurut En. Nasir projek ini sedang dalam proses pindaan layout bagi mengubah komponen pembangunan.

    ReplyDelete
  23. 25.06.2009
    Property Division,ZIKAY GROUP SDN BHD

    Aktiviti :
    i) Membantu Pn. Adila dari bahagian marketing
    untuk mengkategorikan segala jenis dokumen
    mengikut jenis rumah.
    ii)Membantu Pn. Diana membuat huraian mengenai
    jenis produk yang dihasilkan serta bentuk2
    kemudahan yang disediakan oleh salah satu
    daripada anak syarikat ZIKAY Group,iaitu
    Agrobiz Dev. Centre.Huraian ini bertujuan
    untuk dimasukkan kedalam laporan mengenai
    fungsi serta produk2 yang dikeluarkan oleh
    Agrobiz Dev. Centre.

    ReplyDelete
  24. 26.06.2009

    Aktiviti :
    i) Membantu Pn. Karwina (Sitescape) untuk mengkategorikan jenis dokumen mengikut projek.
    ii) Membantu staf Sitescape untuk menampal alamat pemilik pada lukisan yang hendak dihantar ke Putrajaya.
    iii) Diarahkan oleh Pn. Linda untuk menaip surat untuk meeting di Maran dan menghubungi mereka yang berkenaan.

    ReplyDelete
  25. 29.06.2009

    Aktiviti:
    i) Diarahkan oleh Pn. Linda untuk mencari surat dan membuat fotokopi bagi persediaan meeting di Site Maran pada 02.07.2009.
    ii) Diarahkan oleh Pn. Linda untuk menyertai meeting mengenai projek di Maran. Antara yang diperbincangkan adalah mengenai masalah teknikal seperti pam yang tidak mencukupi dan beberapa masalah teknikal yang lain.Pihak ZIKAY juga mengarahkan supaya diteliti saiz water tank yang paling minimum, wi-fi (yang dicadangkan disediakan secara percuma untuk bakal pembeli rumah) dan sebagainya.

    ReplyDelete
  26. 30.06.2009

    Aktiviti:
    i) Membantu Pn. Diana melipat layout plan bagi projek d Jengka.
    ii) Membantu Puan Yati,Setiausaha Dato' Khay (owner ZIKAY)

    ReplyDelete
  27. 01.07.2009

    Aktiviti:
    i) En. Nasir mengarahkan saya untuk membuat sambil mempelajari Feasibility Study.Sebelum sasuatu projek boleh dijalankan,layout plan akan dihasilkan dengan disusuli oleh FS untuk mengetahui samada sesuatu projek itu berupaya dijalankan atau tidak.Saya perlu membuat FS itu berdasarkan kepada projek YAYASAN SELANGOR.Antara yang perlu diketahui adalah maklumat mengenai jenis pembangunan sesebuah projek yang hendak dijalankan perlu diketahui seperti jenis perumahan dan jenis infrastruktur yang ada pada sesebuah projek pembangunan.Kesemuanya ini perlu dibuat menggunakan perisian Microsoft Excel.

    ReplyDelete
  28. 02.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya menyambung kembali pelajaran mengenai FS.FS ini perlu dibuat menggunakan Microsoft Excel dan mengikut format yang yelah ditetapkan.

    Antara kiraannya;

    Rumah Teres = RM85 (per sf)

    Built up x per sf = per unit
    Unit x per unit = amount



    X = GDV per type / total the whole development x total earthworks

    ReplyDelete
  29. 03.07.2009

    Aktiviti:
    i) Membantu Puan Yati untuk menyediakan senarai nama.
    ii) Diarahkan oleh Puan Diana untuk membantunya membuat huraian mengenai produk yang dihasilkan oleh Agrobiz Development Centre.

    ReplyDelete
  30. 04.07.2009(Sabtu)

    Aktiviti:
    i) Menyambung kembali tugasan yang diberikan oleh Pn Diana untuk membantunya menyiapkan report untuk dihantar kepada En. Iszhar.

    ReplyDelete
  31. 06.07.2009 (Isnin)

    Tempat:
    i)Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
    ii)Jabatan Pengairan dan Saliran,Petaling (JPS)

    Aktiviti:
    i) Saya mengikut Pn Linda ke OSC,MPS untuk menghantar borang dan layout plan untuk pindaan bagi projek perumahan SPNB.Pembayaran sebanyak RM10,900 adalah perlu bagi tujuan pemprosesan.Carian rasmi untuk 2 lot tanah bagi projek ini juga telah dilakukan dengan bayaran sejumlah RM100 (RM50 untuk 1 carian rasmi).
    ii) Kami juga telah pergi ke JPS,Petaling untuk bertanyakan mengenai projek stesen minyak di Mukim Sg. Buloh.

    Tempat:
    Property Division,ZIKAY Group

    Aktiviti:
    i) Membantu Pn Diana untuk membuat carta mengenai produk2 yang bakal dikeluarkan oleh Agrobiz menggunakan Microsoft Word.
    ii) Saya diarahkan oleh En Nasir untuk mengira keluasan laman rumah mengikut jenis rumah berdasarkan kepada pelan lantai.

    ReplyDelete
  32. 07.07.2009

    Aktiviti;
    i) Saya diminta untuk membantu Puan Yati menyediakan senarai nama seperti yang diminta kerana ianya perlu disiapkan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  33. 08.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya diminta untuk membantu Puan Yati menyediakan senarai nama.
    ii) Saya diminta oleh Pn Linda untuk mencetak minit mesyuarat (Property Division) dan mengedarkannya kepada staf2 yang terlibat.

    ReplyDelete
  34. 09.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya masih lagi diminta untuk membantu Puan Yati menyediakan senarai nama.

    ReplyDelete
  35. 13.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya hanya membuat sambil mempelajari kembali mengenai work programme dan feasibility study bagi projek YAYASAN SELANGOR.

    ReplyDelete
  36. 14.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya menyambung kembali mempelajari work programme dan feasibility study.
    ii) Saya diminta oleh En Nasir untuk memasukkan maklumat mengenai kawasan yang boleh dijual mengikut tingkat bagi projek di Kuala Terengganu.
    ii) Saya diminta oleh Pn Yati untuk membantunya.

    ReplyDelete
  37. 15.07.2009

    Aktiviti:
    i) Saya masih lagi menyambung mempelajari mengenai work programme dan FS.
    ii) Saya juga diminta oleh Pn Diana untuk menghantar e-mail (layout plan) menggunakan e-mail address zikay_property

    ReplyDelete
  38. 16.07.2009 (Khamis)

    Feasibility Study;

    Preliminaries Cost = 5% of construction cost
    Consultancy Cost = 5% of construction cost

    Per SF - Jurunilai Bersekutu akan beritahu kepada owner apabila rumah sudah dibeli nilai keseluruhan tanah rumah owner tue (Cth:RM100,000),kemudian dibahagikan kepada jumlah keluasan tanah owner itu, dan nilai tanah tersebut boleh diketahui.

    ReplyDelete
  39. 17.07.2009(Jumaat)

    Aktiviti:
    i) En Nasir telah memberikan 1 lagi contoh work programme tetapi ianya berlainan kerana ianya hanya untuk tujuan jualan.

    ReplyDelete
  40. 18.07.2009(Sabtu)

    Aktiviti:
    i) Saya masih lagi mempelajari FS dengan bantuan En Nasir menggunakan 1 lagi projek lain untuk lebih memahaminya.

    (a)Lot Banglo - Hanya JUAL TANAH bukan jual rumah (bangunan) & masih perlukan construction cost dan kos2 lain.
    (b)Gross Development Value(GDV)ditentukan dulu (marketing) dan baru lengkapkan kos2 yang lain seperti pre-development cost & authorities,site clearance,infrastructure cost dll..

    ReplyDelete
  41. 20.07.2009

    Per SF (Piling & Building Cost)
    - Refer pada contractor
    - Biasanya RM85
    - Per SF untuk corner lot lebih mahal
    - FS takkan detail sangat tapi kira overall,document tender yang akan detail.

    Maximum 1 baris rumah teres = 300 sf @ 15/16 unit (ikut authorities di situ)

    'Bump' - Perkataan nie macam kita kena tambak @ tinggikan kawasan tue supaya air tak melimpah keluar

    Nak 'clearkan' tapak kena ikut 'earthwork layout plan'

    ReplyDelete
  42. 21.07.2009

    40 unit rumah = 1 unit kedai

    Street lighting = sewerage / 30 = setiap 30m ada 1 tiang

    Banglo = Jalan depan rumah mesti nak lebih sebab nak privacy (50')

    Kiraan 'external roads' kalau bukan dalam kawasan kita,includekan sekali,kalau boleh claim dengan Majlis.

    Kalau jalan yang bukan dalam kawasan yang akan kita nak develop,kita kena bangunkan jugak jalan nak masuk ke kawasan development kita.

    Jalan = Major infra only x 4047

    Major infra only - 35% daripada keseluruhan tanah

    Rizab jalan dan lorong = 30% daripada keseluruhan tanah

    Certified Plan (C.P) - untuk buat pelan tapak dan bagi menunjukkan kedudukan lokasi dengan lebih jelas (dibuat oleh Registered Surveyor).

    Sheet Piawai - Untuk tunjukkan rizab jalan dan untuk buat pelan lokasi

    C.P dan Sheet Piawai perlu sebelum sesuatu layout plan dibuat.

    Harga minimum,kuota jualan(minimum) dan potongan harga kepada bumiputra akan ditetapkan terutamanya untuk residential.

    Kena develop resedential dahulu baru boleh develop commercial.

    ReplyDelete
  43. 22.07.2009

    Lulus layout plan baru submit building plan baru Quantity Surveyor boleh membuat kiraan.

    Pembangunan yang melebihi 100 ekar,submit kepada negeri sebab dah jadi 'new township'

    Soil Investigation Report (S.I) adalah untuk melihat jenis tanah dan sebagainya untuk tahu bahan binaan apa yang sesuai digunakan.

    Authoritie Contribution merupakan sumbangan developer pada pihak berkuasa tempatan walaupun developer sendiri kena sediakan infrastructure

    Pencawang Penurun Utama (PPU) tidak semestinya perlu disediakan.Penyediaan PPU perlulah dilihat pada kawasan pembangunan,dan sekiranya sudah terdapat PPU didalam lingkungan tertentu,penyediaannya adalah tidak perlu.Bagaimanapun,penyediaan PPU perlulah dirujuk kepada TNB dan pihak Majlis kawasan terbabit.

    p/s:Pengiraan Feasibility Study yang saya pelajari ini merupakan pengiraan yang dibuat (dibangunkan) sendiri oleh En Nasir.

    ReplyDelete
  44. 23.07.2009

    Jika tanah yang hendak dibangunkan itu merupakan tanah anugerah,developer cuma perlu membayar premium sahaja,jadi developer perlu membayar Quit Rent & Assessement Fees..

    ReplyDelete
  45. 24.07.2009

    Tempat:
    Masjid Kg Baru

    Aktiviti:
    Giliran pertama saya untuk memberi makanan kepada fakir miskin di Masjid Kg Baru.Saya bertugas bersama2 dengan En Zulhairi dari bahagian Construction.

    Property Division,ZIKAY Group

    Aktiviti:
    Saya mempelajari beberapa jenis undang2 yang perlu diikuti sebelum layout plan dan pengiraan FS boleh dibuat.Antaranya piawaian tempat letak kenderaan bagi residential,perindustrian dan perdagangan, keperluan kemudahan infrastruktur dan sebagainya..

    ReplyDelete
  46. Salam En. Sukeri,
    Untuk makluman encik kebanyakkan masa saya di ZIKAY, saya hanya diminta membuat beberapa perkara dan selebihnya saya hanya mempelajari peringkat kerja di bahagian planning..Jadi saya hanya melaporkan aktiviti2 yang diarahkan di ZIKAY serta melaporkan antara pelajaran yang saya perolehi pada hari tersebut..

    ReplyDelete
  47. salam...
    La aku suka baca smua aktivt ko..mst ko bnyak keje kan...aku ada masalah kat sn dgn kerja yang kurang tuk aku pelajari..apa yg aku perhatikn setiap hari kerja yg sama di jalan kan...aku terpaksa mencari sesuatu yg baru tuk aku pelajari..aku bmbng dengan keadaan aku kat sn...huhuhuhuh

    ReplyDelete
  48. Salam..
    Spe eh yg msj?Aku xbyk kje,tp dh 2 bln kte praktikum,kna pndi2 cri kje..klu dah mmg xde kje sgt(sllu mmg xde kje pn mlaikan kje2 pjbt ),sllu nya slh sorg staf kat c2 (kire bos aku jgk ar!),En Nasir akn suh aku wat pape kje pas tue nti ble En tue dah siap kje En tue tnye ar blk kat aku,aku phm ker ape yg dia suh aku wat td,nti dia xplain n sllunya En tue akn suh study FS tue smpi lah klu dia huru harakan FS tue aku blh calculate sndri..kdg2 klu En tue xde kat tmpt dia r bz,aku g blk fail bc fail yg de sgkt paut ngan report aku..

    Nie,dh 3 hari aku MC,dmm pns ar (tp bkn H1N1 eh)..smlm leh t'pitam plak kat dlm bus time nak g kje..huh,xprnh2 jdk,jd ari nie nie aku smbg mc,sbb xkuat lg rsenya nak bdiri lme,nk g kje pn dah mkn mase kn..

    ReplyDelete
  49. 27.07.2009
    Minggu ke-9 di ZIKAY dimulakan dengan bacaan ayat2 suci Al-Quran beserta terjemahan.Sepanjang hari ini,saya masih lagi mempelajari mengenai FS iaitu mengenai jumlah tempat letak kenderaan (TLK)yang perlu disediakan dalam sesebuah projek pembangunan itu.Sambil2 tue,saya juga membantu Cik Lin dan juga Pn Diana.

    Contoh Piawaian TLK untuk residential
    -Pangsapauri kos rendah : TLKereta : 1 unit TLK untuk 2 unit rumah dan 10% drpd jumlah keseluruhan TLK untuk pelawat : TLMotosikal : 30% drpd jumlah TLK.

    Piawaian TLK untuk perdagangan dan perindustrian juga adalah berbeza.

    ReplyDelete
  50. 28.07.2009

    Aktiviti:
    i)Cik Rubi mengarahkan saya untuk mencari harga nilaian tanah bagi pojek di Pekan Awah.Saya menggunakan buku lapoan pasaran hartanah yang diberikan oleh Cik Rubi,serta menggunakan internet untuk mencai maklumat tersebut.
    ii)Membantu Cik Lin untuk membuat fotokopi beberapa dokumen dan juga menghantarnya ke bahagaian HR.
    iii)Diarahkan untuk membantu Pn Diana untuk menampal lot tapak dan maklumat mengenai keluasan tanah pada layout plan dan surveyor plan bagi projek di Pekan Awah.

    ReplyDelete
  51. 29.07.2009

    Aktiviti:
    i)Menyambung kembali mencari harga nilaian tanah.
    ii)Diarahkan oleh Cik Lin untuk membantunya menyediakan salinan bebeapa set dokumen dan juga title asal bagi projek di Subang.

    ReplyDelete
  52. 30.07.2009

    Aktiviti:
    i)Study FS
    ii)Bantu Cik Lin buat salinan dokumen dan hantar ke bahagaian HR.

    31.07.2009 - MC

    03.08.2009 - Datang office tapi mtk MC.

    04.08.2009 - MC

    ReplyDelete
  53. 05.08.2009

    Tempat:
    Marketing Division

    Aktiviti:
    Bulan Ogos nie merupakan giliran saya ke bahagian marketing (masih di tingkat 8)(saya baru tau kena bagi tau kat tiap2 bos tentang giliran nie)dibawah penyeliaan En. Yusni.Jam 9 pagi,dan juga sepanjang hari di bahagian ini,saya diarahkan oleh Pn Adila (marketing) untuk mengkategorikan segala jenis dokumen mengikut rumah,fasa dan sebagainya.

    ReplyDelete
  54. 06.08.2009

    Tempat:
    Level 8 (dah tak tau duk bhgn mane sbnrnya..)

    Aktiviti:
    1)Saya masih lagi diarahkan untuk mengkategorikan dokumen2 tue shingga waktu tamat office..
    2)Jam 10.30 pagi,saya diarahkan oleh En. Yusri untuk menyertai meeting mengenai projek di Semenyih.
    -Saya diarahkan oleh En. Yusri untuk membuat work programme bersama2/membantu En Nasir bagi projek nie..
    -Antara lain yang dibincangkan ialah mengenai kesesuaian jenis perumahan dengan menetapkan harga dan tinjauan dari bahagian marketing dan sebagainya.(Pandangan dari bahagian marketing amatlah penting!,sbb kte nak tau same ada 'proposed dev.' yg kte buat tue blh djual @ x).
    -Selepas metting tue tamat,Cik Rubi mengarahkan saya untuk membuka fail baru bagi projek nie dengan meletakkan beberapa dokumen terkini spt layout plan,surveyor plan,dokumen mengenai Notis 5A dll.

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  56. 07.08.2009

    Aktiviti:
    1)Saya diarahkan oleh Cik Rubi untuk memeriksa Senarai Notis 5A mengikut pre-comp(maklumatnya telahpun dimasukkan kedalam Microsoft Excel)

    -Hari nie blh kuar awal sbb kna g qiamulaill sampai esk pagi lar..so,saya kuar 5.20 (xdelah awal sgt)..aktiviti nie diwajibkan w/pn utk studnt prctcm

    ReplyDelete
  57. 10.08.2009

    Aktiviti:
    1)Baru dpt Notis 5A yg baru bagi projek Maran,jadi Cik Rubi arahkan saya utk buat fail baru,susun fail ikut jenis rumah (refer pre-com),masukkan maklumat spt lot type,no. lot,keluasan,dan segala jenis bayaran yg b'kaitan..de 225 unit t'msk stesen minyak..

    ReplyDelete
  58. 11.08.2009

    Aktiviti:
    1)Semak n buat kiraan balik utk Notis 5A tue (rupanya de 2 Notis 5A tue yg slh)..
    2)Saya dipanggil untuk masuk metting bg projek Semenyih & Kijal..

    ReplyDelete
  59. 12.08.2009

    Aktiviti:
    1)Saya hanya kategorikan dokumen ikut jenis rumah,fasa dan sebagainya (marketing).

    ReplyDelete
  60. 13.08.2009

    Aktiviti:
    1)Filing (marketing)
    2)En Yusni (bos marketing) arahkan saya untuk sediakan senarai jenis perumahan,no. lot(pre-com), keluasan dan sebagainya untuk preparation nak launching projek perumahan (Semenyih).
    3)Pn Nurul (marketing) arahkan saya untuk cari title (geran tanah) bagi projek2 perumahan di Tasik Biru,Kundang,Selangor

    ReplyDelete
  61. 14.08.2009

    Aktiviti:
    1)Saya diarahkan oleh En Yusni (marketing) untuk mencari data mengenai jualan dan pembangunan perumahan sekitar Semenyih dan memasukkan data tersebut kedalam slide Power Point.
    2)Sambung cari title...
    3)En Rashid (tanah) arahkan saya untuk isi form pejabat tanah bagi projek di Tumpat..

    ReplyDelete
  62. 15.08.2009

    Aktiviti:
    1)En Rashid arahkan saya untuk besarkan lagi pelan tanah yang ditampal pada form (projek Tumpat) dan buka fail baru untuk projek nie..
    2)En Yusni arahkan saya untuk cari maklumat & data mengenai hotel & service apartment di sekitar KL untuk tujuan pesentation juga (buat dalam slide).

    ReplyDelete
  63. 17.08.2009

    Aktiviti:
    1)Jumpa En. Shaharudin untuk lengkapkan borang pejabat tanah tue,mintak sign n sume2lah..
    2)Sambung cari title...
    3)En Yusni arahkan saya untuk wat research di internet mengenai KL City Proposed Serviced Apartment utk tahun 2009,sekitar KLCC jer..Antara maklumat yang perlu de ialah nama projek,developer,location,land title-size,no. of units,standard unit size,sales status,price dll..
    4)Pn Linda arahkan saya untuk lipat building plan projek Semenyih n buka fail baru 'Semenyih Building Plan'..

    ReplyDelete
  64. Salam..
    Nk share ckit report,klu spe2 yg bce rse2 cm de xkena bgtau..trimas..

    ABSTRAK

    Kelewatan dalam melaksanakan sesebuah projek pembinaan merupakan satu fenomena yang biasa berlaku didalam industri pembinaan. Masalah kelewatan boleh berlaku pada tiga peringkat iaitu pada peringkat perancangan, semasa pembinaan dan juga selepas pembinaan. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenalpasti dalam menyebabkan masalah kelewatan dalam projek pembinaan ini berlaku. Justeru, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji serta mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah kelewatan dalam sesebuah projek pembinaan serta mencadangkan kaedah penyelesaian yang bersesuaian bagi mengatasi masalah ini daripada berulang. Kajian ini adalah berkisar kepada kelewatan yang berlaku keatas projek-projek pembinaan di sekitar negeri Selangor dan Kuala Lumpur dengan hanya mengambilkira lima tahun kebelakangan ini, iaitu bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2009. Hasil kajian ini mendapati masalah kelewatan boleh berlaku akibat daripada dua faktor samada faktor dalam jangkaan iaitu oleh pihak pemaju dan kontraktor serta faktor luar jangkaan yang terdiri daripada faktor-faktor lain seperti pihak ketiga dan faktor alam semulajadi.

    ReplyDelete
  65. 1.1 PERNYATAAN MASALAH

    Masalah kelewatan dalam sesebuah projek pembinaan bukan sahaja menyebabkan kelewatan menyerahkan pemilikan kosong kepada pembeli tetapi juga boleh menyebabkan projek tersebut mempunyai risiko serta berpotensi untuk menjadi projek terbengkalai disebabkan peningkatan kos yang tidak mampu ditampung oleh pemaju. Masyarakat kini yang lebih mudah menunding jari menyalahkan pihak pemaju mahupun pihak kontraktor sedikit sebanyak meresahkan serta memberi tekanan kepada pihak terbabit. Sehingga kini jarang sekali dapat dilihat masyarakat menyalahkan pihak-pihak lain yang terlibat secara langsung dengan sesebuah projek pembinaan.

    Kelewatan menyerahkan projek-projek mengikut jadual dan pemilikan kosong kepada pelanggan serta pembeli boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif. Antara kesan negatif yang dapat dilihat sekiranya sesebuah projek perumahan itu tidak dapat diserahkan kepada pembeli adalah pembeli terpaksa menanggung kos yang tinggi seperti terpaksa menyewa kediaman lain sebelum rumah kediaman mereka dapat diserahkan kepada mereka, membayar pinjaman perumahan yang dibuat oleh mereka walaupun sesebuah projek perumahan itu tidak dapat berjalan seperti yang dirancang ataupun ianya terbengkalai. Hal ini boleh menyebabkan mereka hilang kepercayaan dengan pihak pemaju mahupun kontraktor yang menguruskan projek tersebut dan seterusnya kepercayaan terhadap kerajaan juga akan terhakis sedikit demi sedikit.
    Realitinya, bukan semua masalah kelewatan itu berpunca daripada pihak pemaju. Masalah kelewatan ini berpunca dari pelbagai faktor samada faktor di dalam jangkaan mahupun di luar jangkaan pihak pemaju. Rentetan daripada masalah ini, beberapa faktor penyebab kepada masalah kelewatan ini didalami di samping mencari pelbagai alternatif penyelesaian bagi mengurangkan dan sekaligus dapat menghapuskan masalah kelewatan dalam projek pembinaan di negara ini.

    ReplyDelete
  66. 1.2 OBJEKTIF KAJIAN

    Di dalam kajian ini, objektif utama adalah untuk mengkaji serta mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan masalah kelewatan dalam sesebuah projek pembinaan serta cadangan kaedah penyelesaian. Objektif kajian secara khusus ialah :
    i) Mengenalpasti pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan sesebuah projek pembinaan.
    ii) Mengenalpasti faktor-faktor yang menyumbang kepada kelewatan dalam projek pembinaan.
    iii) Mengenal pasti serta mencadangkan kaedah-kaedah penyelesaian untuk mengatasi masalah kelewatan dalam projek pembinaan.

    ReplyDelete
  67. 1.3 KEPENTINGAN KAJIAN

    Hasil kajian yang diperolehi akan memberi gambaran kepada masyarakat mengenai punca sebenar yang telah menyebabkan sesuatu projek itu mengalami masalah kelewatan didalam kerja-kerja pembinaan yang seterusnya telah mengakibatkan kelewatan pemaju menyerahkan pemilikan rumah kepada pembeli. Adakalanya juga, kelewatan sesebuah projek pembinaan itu juga telah menyebabkan projek tersebut terbengkalai sahaja.

    Hasil kajian yang diperolehi juga adalah untuk membantu meningkatkan kemampuan syarikat-syarikat pembinaan di Malaysia khususnya, secara universal untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Secara tidak langsung diharapkan ia dapat membantu meningkatkan prestasi industri pembinaan negara serta imej Malaysia di mata dunia.

    Seterusnya, kajian ini juga adalah untuk memenuhi beberapa kepentingan yang boleh dijadikan garis panduan serta rujukan oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam sesebuah projek pembinaan. Antaranya untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan kelewatan dalam projek pembinaan bagi memastikan masalah kelewatan dapat diatasi ataupun sekurang-kurangnya tahap kelewatan dalam projek pembinaan dapat dikurangkan. Antara pihak yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan adalah pemaju, kontraktor, konsultan, pembekal bahan binaan, organisasi kewangan dan juga pihak berkuasa. Akhir sekali, kepentingan kajian ini dibuat bagi memberi serba sedikit gambaran terhadap situasi industri pembinaan khususnya bagi projek-projek perumahan di Malaysia.

    ReplyDelete
  68. 1.4 SKOP KAJIAN

    Skop kajian merupakan perihal mengenai kajian yang akan dibuat oleh pengkaji dalam menyiapkan sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memfokuskan beberapa aspek penting agar kajian ini tidak menyimpang daripada objektif yang telah ditetapkan.

    Secara khasnya, pengkaji memfokuskan kajian kepada aktiviti-aktiviti di dalam pembinaan yang berkaitan dengan kelewatan masa pembinaan, penglibatan di setiap peringkat yang bermula daripada peringkat perancangan sehingga kepada peringkat penyerahan (handover) dan sebagainya. Kajian ini juga akan mengenal pasti permasalahan yang bakal/telah menjadi punca kepada masalah kelewatan dalam projek pembinaan serta mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini.

    Kawasan kajian yang difokuskan oleh pengkaji adalah melibatkan beberapa buah projek perumahan tertentu yang mengalami masalah kelewatan di sekitar negeri Selangor. Kajian ini hanya mengambil kira lima tahun kebelakangan ini, iaitu bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2009. Secara umumnya, skop kajian lebih menumpukan kepada sejauhmana masalah kelewatan dalam projek pembinaan ini berlarutan dan beberapa kaedah yang telah digunapakai mahupun yang akan dicadangkan oleh pengkaji bagi mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  69. Maaf encik kerana lewat menghantar tajuk

    ReplyDelete